Isnin, 20 Julai 2009

Kembara Jubail ke Mekah - part 4

Salam,


Bertemu lagi di episod perjalanan ummidin ke Mekah pd 14hb Julai 2009 hingga 17hb Julai 2009. Kembara Jubail ke Mekah part 4 ini adalah mengenai penziarahan kami serombongan 10 keluarga menziarahi tempat2 bersejarah di kota Mekah esoknya selepas wat umrah, yg di anjurkan oleh Hotel Muhajirin iaitu tempat penginapan kami selama 2 malam di situ. Walaupun cuma sebentar persinggahan dr satu tempat ke satu tempat yg lain, namun kami puas dapat melihat secara 'live' tempat2 bersejarah yg hanya dapat dibaca atau dilihat dlm tv saja. Dengan keadaan cuaca yg agak panas, dan masa yg amat terhad, ada antara tempat2 bersejarah yg hanya dapat diperhatikan melalui dlm bas sahaja. Tapi, tuan tanah sempat jugaklah, snap beberapa keping gambar walau hasilnya terpaksa haku meng'edit'kan semula bagi nampak jelas dan tak sakit mata. (sila salahkan kamera yg xcanggih itu... bukan salah ku!)


Kamera yg ku idam masih dlm process pemikiran cik hubby, sebab sama ada nak beli kamera idaman haku dulu ker, nak beli mixer buat kuih dia dulu.... kehkehkeh... terbalik kan?? patutnya haku yg mintak mixer tuh, bukan dia....ngeh...ngeh.. sowi teramat sowi yer cik hubby ku, haku ni 'kureenng' minat skit buat kuih-muih segala ni, x pandai pun ye gaksss.... hehehe... skang ni tengah dok belajar la... bukan takde usaha lansung taooo!!!!.


Maleh sudah nak citer manyak2, sebab haku kalau boley nak habiskan semua episod kembara haku ni sampai ke titisan darah terakhir.... uppsss!!!... salah, sampai habis gambar yg ada dlm lappy haku ni.... klu nak tengok lg gambar2 yg agak berlainan dr dlm blog haku ni, silalah intai2 blog 9 musafir berkembara ke Mekah yg lain.... link nya ada kt sebelah kanan blog haku ni...


Sehingga bertemu semula di episod seterusnya, kembara musim ke-5 la pulak. Harap2 tak jelak... hehehe... klu jelak pi lah dok muntah tempat lain, jgn muntah tepi blog haku ni, nanti bau masam melekat kt blog 'cantik' nih... muahahaha,

Salam & see yaa!!




Signboard yg terpacak di pinggir Jabal Al-Sur, perhatikan di bawah signboard tuh,
siap ada bahasa melayu lagi, memang kelassss!!!




Sempat snap gambo dr belakang jer, haku ni selalu tercicir bila berjalan, lembab mcm cuaca kt mesia... berpeluh gak nak mendaki pinggir jabal Al-Sur ni, belum naik bukitnya lagi...




Semasa mendaki lereng bukit, kiri kanan penuh dgn kawasan kediaman penduduk setempat. Ada jugak kedai2 menjual cenderahati, baju2 dan macam2 lg. Qaweem dah xlarat mendaki, digendong ayah.... ummi pn xlarat nih, xnak plak ayah gendong...hehehehe...mabuk pe??


Abang2 Qaweem, masing2 dah gondol kepalanya sb bertahalul.... xpe, lg ensem per??
Mawi yg tak bertahalul pn suka rambut style camni kan!!



Di Arafah... ramai gak org yg dok mendaki bukit berbatu ni walau disinari terik mentari.. org arab xkisah... dah biasa cuaca camni...
haku?? sedang leka menyaksikan org naik keatas jer!




Pakcik2 gembala unta berbayar ni sibuk mencari pelangan sana-sini, termasuklah haku, ada ker patut haku disuruh naik unta ni, leh demam semiggu unta tuh...kehkehkeh...
(sowi yer... akak kau ni bukan lah berat sangat!!)


dak Darwish kena paksa dek pak gembala naik ini 'hunta', siap angkat n letak kt belakang unta, bila nak bayar disuruh cari mak... uihhh..sungguh ganaz ini taktik kan?? 10sr sekali pusing jer....
ishhk3x!!!.. sadis....sadis... ini cerita...



dak Danish ni tak kena paksa lak, takde siapa daya nak hangkat ini 45kg nyer budak. Dah nama kembar, sowang naik yg sowang mesti kena naik...klu tak nanti sorang demam....huhuhu



Antara pemandangan di muzalifah...
cantik dan tersusun rapi kehmah2 para jemaah haji... senyap sepi kala ni.... coz bukan musaim haji kan!!



lagi view yg cantik sepanjang perjalanan ketempat2 bersejarah... turun naik bukit lg... sonot...sonot...sonot..



putih bersih... khemah yg dilengkapi econ .....saujana mata memandang!



dibawah ada terowong, diatas ada khemah....



View cantik sekitar pinggir Jabal al-Nur.... tak singgah pn, cuma snap dr dlm bas jer...




Banyaknya burung merpati..... !!
dak Qaweem dok geram jek, cuma leh jengah dr dlm bas...
dan pohon kurma yg sana sini sibuk berbuah

Khalassss!!

Tiada ulasan: