Sabtu, 18 Julai 2009

Kembara Jubail ke Mekah - part 3

Salam 4 allz,


Nampak gayanya tuan tanah begitu bersemangat sekali mengupdate blog kali nih. Ya, memang bersemangat sekali sebagaimana bersemangatnya tuan tanah bila nak mengikuti rombongan kembara dr Jubail ke Mekah ni. Siapa yg tak bersemangat bila nak menjejakkan kaki di tanah suci Mekah ni utk membuat umrah, dah rezeki tinggal di bumi anbia, 'kuasa' nak pergi ke Mekah ni jauh lebih mudah dgn kadar cost nya yg rendah berbanding yg tinggal diluar tanah arab nih... alhamdullilah.... rezeki anak2 bertuah.


Posting part 3 kali ni mengenai, selesai sudah kami mengerjakan umrah pertama kami setelah 4 bulan lebih tinggal di Saudi ni. Setelah check-in hotel yg terletak agak berdekatan dgn Masjidil Haram, dah sesudah selesai solat isyak dlm pukul 9.00pm, kami 6 beranak pn berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram. Tuhan aja yg tahu bertapa berdebar-debar nya haku masa tu.... rasa mengigil, seram sejuk dan macam2 perasaan ada dlm benak ini. Dan apabila haku menjejakkan kaki di Masjidil Haram, perasaan itu tadi semuanya hilang, dan timbul pulak perasaan aman tenteram serta sayu..... apalagi bila terpandang kaabah yg tersergam indah tuh.... terus jer rasa sebak seperti nak menanggis.....huhuhu..


Tanpa membuang masa kami 6 beranak pn mencari tempat permulaan bagi tawaf umrah kami... keadaan masa tuh agak tenang walau ramai org dr seluruh pelusuk membuat pusingan tawaf masing2. Alhamdullilah, selesai sudah tawaf kami walaupun hubby ku mendukung si cilik Qaweem yg dh mula tidor pd pusingan kedua. Selesai bertawaf dan solat sunat tawaf, haku pn mengambil kesempatan yg tak ternilai ni utk memanjatkan doa kesyukuran dan tak lupa juga doa buat insan2 tersayang yg berada disisi mahupun yg jauh dimata.
Airmata yg ku tahan2 selama menjejakakan kaki disini, bercucuran bagai tidak dapat ditahan lagi.... entahlah.. mengapa??? dan kenapa??? mungkin haku ni terlalu kerdil dgn dosa2 yg nampak ataupun yg tak jelas dimata. Dan pada masa ini jugak haku terpandang2 wajah abahku berpakaian ihram yg dah 2 tahun meniggalkan kami semua... Ya Allah, bertapa sayu nya haku pd masa tu...., sedang leka di depan kaabah, hubby ku memanggil utk ber sa'ie pulak..., tp haku rasa seakan tak mahu berganjak dr depan kaabah tadi.... namun, sa'ie masih belum dilaksanakan.


Sempat jugak kami snap gambar sebagai kenangan setelah selesai tawaf....
masa ni dak Qaweem masih belum bangun dr diulit mimpi indah....




Keadaan di Masjidil Haram, ramai sungguh org yg bertawaf... dan tidak ketinggalan jugak yg bersembahyang dan beramal di sisi kaabah pd malam tuh




Dengan langkah yg bersemangat, kami terus menuju ke lorong Sa'ie di bukit safar dan marwah. Keadaan disini juga agak sesak dgn ribuan manusia dr seluruh pelusuk. Pada masa ni, dak Qaweem dh sedar dr tidur nya pd pusingan ke2.... alhamdullilah, takde lah sakit lengan hubby ku yg asyik dok mengendong si cilik sowang ni. Nak harapkan haku, uhhhh... memang lah tak larat, nampak jer kocik dak sowang ni, tp mantap, seb baik di nak jalan dan nampak gayanya dia syok plak mengerjakan sa'ie sambil berlari-lari anak mcm ayahnya. Tp, pantang nampak tong air zam-zam di tepi lorong sa'ie ni... 'wajib' singgah... sb nak amek sendiri air tuh... huhuhu... layan ajer lah... asal dia tak meragam udahlah...... yg kelako nya, dak Qaweem ni taknak pakai kain ihram yg atas tuh, dah dicabutnya!!.... tak selesa gaknya... xpe lah, janji dia tutup gak aurat dgn memakai kain ihram dibawah aja... hehehe, ramai gak para jemaah yg dok ngusik2 dia, usap rambut dia la, cubit pipi dia lah... kelako gaknya tengok dia pakai sehelai sepinggang jer....
Setelah selesai 7 pusingan di Safar dan Marwah td, kami pulang utk bertahalul pulak.... yg lelakinya kekedai gunting yg berdekatan, dan haku, anak daraku ngan dak Qaweem balik ke hotel utk bertahalul sendiri disana. Alhamdullilah, selesai sudah umrah pertama kami anak beranak 2 jam selepas itu iaitu pd pukul 11.oopm. Insyallah, niat nak pergi kali ke-2 tu sentiasa ada di hati, ada rezeki kami akan kesana lagi utk membuat umrah, atau mungkin haji.... Insyallah, dgn izin Allah s.w.t.




Si cilik Qaweem jalan beriringan dgn abangnya.... laju gak dia jalan, tp takleh jumpa 'traffic-light' (tong air zam2) mesti dia benti nak minum air....huhuhu... minum sikit jer... tak berbaloi benti lelama kt situ.... nak wat camner, janji x meragam sudahlah...!!


Dak Qaweem ngah berlari-lari anak, ikut jer apa org lain buat.... hehehe



Tempat dak Qaweem 'wajib' singgah... tak singgah nanti dia mengamok plak!!... ikut jer la...!!




Yang penting dia minum, x buang plak air tu... alhamdullilah....



kakak n abangnya ni pn terikut sama.... tapi takde lah sekerap Qaweem.... hehehe



Ok lah, selesai sudah posting part 3 kali ni. Tapi masih belom habis lg taoooo. Pada sesiapa yg nak mengikuti, sila2 lah yer!!!.... tp pd sesiapa yg dah agak boring dgn kisah kembaraku ini, abaikan saja.... namun haku tetap gak nak buat posting sehingga selesai semua bukan sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saja, tapi buat pengubat rindu, ibu kepada anaknya, nenek kepada cucunya, adik beradik ku, ipar duai, sedara-mara, jiran-tetangga, sahabat2 yg jauh nun di Malaysia sana. Huhuhuu...bertapa haku rindu sungguh pd tanah airku itu.... sob...sob...sob... sedey tak terkata.... until next n3, part 4 lah plak....by the way see yaa!!!

Tiada ulasan: