Sabtu, 18 Julai 2009

Kembara Jubail ke Mekah - part 2

Salam lagi,

Bertemu semula, kali ni kembara Jubail ke Mekah part 2 lah plak. Dari al-Quwayiyah, kami 10 kereta menuju ke al-Taif utk miqat disana. Selepas sarapan pagi, dlm pukul 8.30am, kami memulakan perjalanan ke-2 iaitu menuju ke Taif. Seperti kita ketahui Taif adalah sebuah tempat yg cuacanya agak berlainan dr tempat tinggal kami, di Jubail ni iaitu kurang panas tp takde lah sejuk, cuma cuaca ala2 mesia aje. Dan di Taif tu juga, terdapat banyak tempat2 miqat disediakan. Semasa dlm perjalanan, terdapat beberapa org dr rombongan kami termasuk haku menghidap sakit perut yg memulas-mulas seakan terkena food poisoning. Sebelum sampai ke Taif yg 2-3kali jugaklah kami berhenti untuk 'mengurangkan risiko sakit yg berterusan'. Tapi sakit perut masih tidak ada tanda pengurangan.... huhuhuhu... setibanya kami di bandar Taif, haku dan 3 org rakan senasib, berusaha mencari tempat yg sesuai utk ....... xyah citer lew, paham2 ajer la ye!! hehehe...


Dan apabila kami selesai membuat urusan batin tadi, yg tinggal cuma kami 3 family dan 3 kereta aja yg ada disitu, yg lain semua dah memulakan perjalanan mencari tempat miqat (tunggu lama norrr... gaknya!!). Maka bermulah episod "sesat di bandar Taif"..... huhuhu... yg ni memang menyetuh perasaan...... tp, aku tetap bersabar separti apa yg aku katakan tadi, demi menuju kesatu destinasi yg murni. Setelah penat 'meronda' di sekitar Taif tu, maka kami bertiga membuat keputusan, singgah dimana saja tempat miqat, walau berasingan dgn rakan 7 yg lain. Alhamdullilah, 1/2 jam selepas itu kami terjumpa satu tempat miqat iaitu Sail al-Qabir dan sepakat utk berhenti dan membuat miqat disitu. Dan dgn takdir tuhan, terjumpalah kami dgn sorang dr rakan 7 yg lain tadi iaitu Sufian sekuarga yg sama2 terpisah dan dia juga bermiqat disitu.


Setelah selesai pekena kabsa ayam, membersihkan diri, solat dan berniat ihram disitu, dlm pukul 5.45pm kami pun memulakan perjalanan ke-3 iaitu Taif ke Mekah. Dalam perjalan yg memakan masa kurang 1jam kami pn tiba di Mekah dengan selamatnya, alhamdulillah. Disini, kami berempat iaitu family haku, family Sufian, family Gie Sham dan family Aby Nor menunggu 6 family lain yg juga sedang menuju ke Mekah dr miqat mereka. Kami berempat kuarga telah dijemput oleh pengurusan hotel penginapan kami utk ke hotelnya yg berlokasi ditengah2 kota Mekah. Dan selang beberapa minit group ke2 tiba dan kami terus check-in, masuk kebilik memasing utk solat dan selepas isyak haku sekuarga berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram utk memulakan umrah kami sekeluarga disana. Oklah, sehingga bertemu kembali di next n3 iaitu kembara Jubail ke Mekah part 3, sebab tugas2 memasak pulak nak dimulakan sebentar lagi.... hubby ku balik nak makan daa.... ok, layannzzzzz!!!


Pemandangan dr Taif ke Mekah yg memukau, berbukit2, bersih dan cantik sangat!




Pemandangan senja yg amat cantik


Lagi, view pemandangan di Taif



Tenangnya memandu cik hubby ku ini, walau hinggar binggar suara anak2 kt belakang tuh!



Hobi terbaru si cilik haku sowang ni.... gigit kuku!! xkira walau dimana saja berada!!


Kecoh sungguh bila mengenakan ihram, sekejab elok, sekejab lagi dah terlerah... macam2 lah!!



4 beradik sedang berihram



Si kembar bersama2 rakan serombongan iaitu Syafiq dan Najmiwish



Sempat lagi geng2 cilik main PSP.... Qaweem jer yg ceria kehulu-kehilir dgn kain ihramnya

Gurlz cilik's.... Nya dan Aishah... Qaweem Fwenz!!

Baby Zahraa bersama mummynya As... bersama tuan tanah....ngeeee!!!!

Tiada ulasan: