Jumaat, 31 Oktober 2008

Al-Kisah Si Ibu 'Tinggal'

Salam untuk semua.... alhamdulilah, kita kembali semula kealam maya ni. Sejak kebelakangan ni kita begitu sibuk, bukan sibuk ape, sibuk melayan karenah anak2 yang bakal menamatkan alam persekolahan penggal ketiga ni. Macam2 aktiviti yang diaorang adakan samada di sekolah atau di luar. Almaklumlah driver..! ikut je le kehendak meka-meka semua.

Diam tak diam dah 2 minggu kita memegang title ibu tinggal ni, masa berlalu terasa cepatlah plak, rasa macam baru 2-3 hari lepas je kita pergi hantar hubby ke Airport Senai tuh.. perhhhh... lama lagi tuh nak menunggu untuk berhijrah mengikut hubby untuk hidup bersama-sama sedinding sebumbung, sehidup dan se.... (eh..takyah lah semati kot.. siapa nak jaga anak2 kalau dua-dua dah takde nant erk!)

Cerita pasa hubby kita, dulu sebelum pergi ke KSA tu, dia kata biar lambat bawak family kesana sebab banyak benda nak kena tunggu dan lihat dulu, tapi sekarang setelah dia sampai di sana lain plak kisahnya... nak cepat2 'hangkut' plak... tak tau lah kenapa gamaknya. Agaknya tak tahan menanggung rindu idup sorang2 kat sana kot!!!! atau dah penat basuh baju, lipat baju dan masak sendiri kot... hehehe... tulahhhh... masa ada bini disisi semua keja diasak pada bini (memang keja orangrumah punnn) kalau sama2 sehati sejiwa buat keja bersama takde lah rasa janggal sangat kot!

Anyway, kita kat sini pun sebenarnya pun dah tak sabar2 nak kesana tu, maklumlah.. tak pernah seumur hidupku berhijrah keluar dari Malaysia ni. Pada hubby, bukan awak sorang je yang menanggung rindu, kat sini lagi ramai yang merindui kamu termasuk ibu mertua mu hehehe... (betul tuh..tak tipu nyer!). Dah dok berjauhan ni kelakar lah plak, kalau dulu perkataan 'cemburu' tu tak penah keluar dari mulut dia, tapi dah jauh ni nak gi tengok wayang ngan anak2 pun dia takut kuar dengan orang lain..hehehe.. kelakar lah.. tak penah plak kita ada kawan lelaki kat sini.. kalau dulu nak gi shopping kena gi sendiri.. dia malas lak nak layan.. sekarang tengok wayang pun limit 1 citer je leh tengok..huhuhu! takpe lah, nasib baik diizinkan hek, kalau tak balik kampung je lah tiap2 minggu.. bohhhsssan sesanggat dok umah..

For hubby, ummi doakan semoga segala urusan untuk membawa kami semua kesana dipermudahkan olehnya. Dengan itu dapatlah kita berkumpul semula seperti dulu, makan, tido, shopping semuanya bersama... insyallah..

Selasa, 21 Oktober 2008

Check it out...

Ahad, 19 Oktober 2008

Our Temporary Separated

Salam... Masa berlalu begitu singkat, tup-tap-tup-tap... hubby dah pun berangkat meninggalkan kami sekeluarga untuk mencari rezeki di bumi Anbia pula. Tanggal 18hb Oktober 2008 adalah moment date perpisahan sementara kami. Finally, termakbul gak doa dia nak berhijrah ke bumi Anbia tur... tak sangka gak, kita yg agak kuat mental n fizikal ni tak dapat menahan perasaan terlalu sedih.. (tapi tak le sampai merauang sakan... kontrol giler!). Tuhan jew yg tahu hati ini yang tak penah lansung berpisah walau kejab mana pun ngan dia. Actually, since kat Airport tu kita takde la sampai teresak-esak, cuma setitis dua je airmata ni, tapiiiii... bila dah tiba rumah masuk je bilik terpandang kain pelekat dia, kita dah tak tahan terus je 'terjelepuk' kat katil lalu meraung sekuatnyeeee...huhuhuhu... sedih giler sioooot.... hubby..hubby..hubby.. I can't believed it..

Buat hubby tercinta, semoga tabah mengharungi hidup sendiri tanpa isteri dan anak2 disisimu, sepertimana kami disini yang terpaksa tabah tanpamu disisi. Jangan lupa hantar berita selalu.. dan yang paling PENTING sekali jangan pernah melupakan nama Ummi, Kakak, Adik, Abang and most important baby Qaweem.





Khamis, 9 Oktober 2008

Nak tayang foto raya arituuuu....!



Ibunda bersama putera bungsu ku tercinta



Kite...(ngah senyum ayu tuu!), hubby, son and yg cute sekali tu (baju merah ferrari) uncle kite 'Ami' dan yang depan kita tu kubur arwah abah kita, wafat pd 29hb. April 2006, al-fatihah.



Cik Hubby 'tuurrrcinta' n cik din jr.



Darwish, Qaweem and Mujahid menziarahi kubur kaum kerabat di pagi raya.



Darwish 'n' sicilik Qaweem, hari raya pertama, di Teluk Ramunia(rumah tok Ami)

Rabu, 8 Oktober 2008

Mood Raya Berwajah Muram

Salam lagi buat semua......

Kenapa hekkkk!.... mood raya yang ceria bagi kita dah sampai kepenghujungnya. Sebab ape yekk.... sebabnye cik hubby yang sentiasa ada bersama kita selama 13 tahun akan pergi berhijrah ke bumi Anbia untuk mencari rezeki. Jaraknya terlalu jauh.. beribu-ribu batu.. tak dapat dibayangkan perasaan ini, sekejap sayu, jap suka, jap takut.. macam2 laa. Tapi bila difikir2 sejenak bukan kita sorang je yang berdepan masaalah camtu, ramai lagi para isteri2 dan ibu2 senasib denganku. Tapi kita harap rezeki kita dan anak2 untuk menyusuli hubby akan datang akan dipermudahkan olehnya... insyallah. Diharapkkan sepeninggalannya nanti, kita akan tabah dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga bersendirian. Cuma yang kita bimbangkan sesanggat ialah anak kita yang bungsu, Qaweem, di terlalu rapat dengan ayahnya, setiap hari dia akan tunggu yayah nya balik kerja dan lepas tu ajak pergi jalan2. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar, pada tanggal 18hb. Okt. 2008, hubby dengan 4 org lagi rakan2 nya akan berangkat meninggalkan family masing2.

Buat Shikin, jangan risaukan abang Pet kamu tu, my hubby akan jaga dia kat sana, biarlah dia rasa hidup susah sekejap tanpa isteri disisi... hehehe.. kalau ada rezeki, giliran kita para isteri pulak akan kesana, insyallah.

Buat anak2 semua yang akan ditinggalkan ayah, masih ada ibu yang akan menguruskan hidupmu sepanjang hari. Kuatkan semangat! peperiksaan akhir tahun bakal tiba...
semoga keputusanmu akan membuatkan ayah kamu tersenyum di sana.... Thumbs UpThumbs Up





Sabtu, 4 Oktober 2008

Salam Lebaran Buat Semua

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua yang mengenali diri ini,
Jemput lah kerumah kami yang beralamat di ..... ..... .......

Ikhlas dari kami :-

Md Khairuldin Bin Hasbullah,
Sharifah Firhana Binti Syed Abdullah Al-Yahya,
Puteri Nur Dania,
Muhammad Danish Iddin,
Muhammad Darwish Iddin &
Muhammad Dhaifan Qaweem.