Jumaat, 31 Oktober 2008

Al-Kisah Si Ibu 'Tinggal'

Salam untuk semua.... alhamdulilah, kita kembali semula kealam maya ni. Sejak kebelakangan ni kita begitu sibuk, bukan sibuk ape, sibuk melayan karenah anak2 yang bakal menamatkan alam persekolahan penggal ketiga ni. Macam2 aktiviti yang diaorang adakan samada di sekolah atau di luar. Almaklumlah driver..! ikut je le kehendak meka-meka semua.

Diam tak diam dah 2 minggu kita memegang title ibu tinggal ni, masa berlalu terasa cepatlah plak, rasa macam baru 2-3 hari lepas je kita pergi hantar hubby ke Airport Senai tuh.. perhhhh... lama lagi tuh nak menunggu untuk berhijrah mengikut hubby untuk hidup bersama-sama sedinding sebumbung, sehidup dan se.... (eh..takyah lah semati kot.. siapa nak jaga anak2 kalau dua-dua dah takde nant erk!)

Cerita pasa hubby kita, dulu sebelum pergi ke KSA tu, dia kata biar lambat bawak family kesana sebab banyak benda nak kena tunggu dan lihat dulu, tapi sekarang setelah dia sampai di sana lain plak kisahnya... nak cepat2 'hangkut' plak... tak tau lah kenapa gamaknya. Agaknya tak tahan menanggung rindu idup sorang2 kat sana kot!!!! atau dah penat basuh baju, lipat baju dan masak sendiri kot... hehehe... tulahhhh... masa ada bini disisi semua keja diasak pada bini (memang keja orangrumah punnn) kalau sama2 sehati sejiwa buat keja bersama takde lah rasa janggal sangat kot!

Anyway, kita kat sini pun sebenarnya pun dah tak sabar2 nak kesana tu, maklumlah.. tak pernah seumur hidupku berhijrah keluar dari Malaysia ni. Pada hubby, bukan awak sorang je yang menanggung rindu, kat sini lagi ramai yang merindui kamu termasuk ibu mertua mu hehehe... (betul tuh..tak tipu nyer!). Dah dok berjauhan ni kelakar lah plak, kalau dulu perkataan 'cemburu' tu tak penah keluar dari mulut dia, tapi dah jauh ni nak gi tengok wayang ngan anak2 pun dia takut kuar dengan orang lain..hehehe.. kelakar lah.. tak penah plak kita ada kawan lelaki kat sini.. kalau dulu nak gi shopping kena gi sendiri.. dia malas lak nak layan.. sekarang tengok wayang pun limit 1 citer je leh tengok..huhuhu! takpe lah, nasib baik diizinkan hek, kalau tak balik kampung je lah tiap2 minggu.. bohhhsssan sesanggat dok umah..

For hubby, ummi doakan semoga segala urusan untuk membawa kami semua kesana dipermudahkan olehnya. Dengan itu dapatlah kita berkumpul semula seperti dulu, makan, tido, shopping semuanya bersama... insyallah..

1 ulasan:

Unknown berkata...

panjang jela citer nampak