Sabtu, 18 Julai 2009

Kembara Jubail ke Mekah - part 1

Salam 4 allz


Syukur alhamdulliah, la ni kami sekeluarga telah selamat menjejakkan kaki kerumah kami semula malam tadi tepat jam 11.00pm waktu Jubail, Saudi Arabia. Dengan ini berakhirlah sudah episod satu perjalanan yg amat panjang yg bermula dr apartment kami di westwind ni iaitu lebih kurang pukul 2.40pm dan tamat di perhentian pertama kami iaitu di Al-Quwayiyah pd jam 10.30pm. Memang memenatkan, tp demi tujuan yg satu itu, kami gagahi juga perjalanan ini, dan dlm masa itu adalah 2-3 perhentian kami singgah utk solat dn juga acara2 membersihkan diri termasuk melepaskan hajat badan...hehehe..


Perjalanan yg kami tempuh selama lebih kurang 8 jam kali ni melalui dugaan2 yg dapat diatasi dengan kesabaran... dugaan2 itu termasuklah menempuhi ribut pasir yg agak kuat tahap kelajuan anginnya, sehingga begegar juga kereta kami, pd masa tu tuhan aje yg tahu perasaan haku dn kenkawan serombongan ku itu.... saujana mata memandang, padang pasir yg mulus berterbangan dan menkaburkan pandangan, masa itulah masing2 menahan stereng keta supaya tak tersasar dr laluan yg diikuti. Bederau darah tatakala semasa berada disebelah lori, ribut pasir menolak keta kami sehingga berada beberapa inci aje dr lori itu.... adeeehhh... rasa nak gugur aje jantung ni... tp alhamdulilah, hubby ku dpt mengawal keta kami dgn cekap dan selamat.... huhhuhu... hilang jab rasa nk nangis. (menanggis ajer keja kau ni Pah oiiiii...)


Rombongan pertama disertaai oleh 8 buah kereta dr 10, kerana pn.Nina dan pn.AS ada hal tersendiri yg tidak membolehkan meka mengikuti kami bergerak awal, meka bedua gerak lewat 1jam lebih jer dr kami group 1. Apa-apapun, setibanya kami di al-Quwayiyah tu jm 10.30pm, meka pn sampai kurang dr 1jam selepas kami.... alhamdulllah, kami berkumpul bersama 10 keluarga semula.


Mata haku kala ni takleh nak hilang kelat, masih ketat dan berat jer rasanya lagi, macamana lah hubby ku ditempat kerjanya yer???... siannya, perjalanan yg diterajui oleh sorang driver saja, co-driver diharamkan pegang stereng kt sini, klu idak, takdelah rasa sengal sangat lengan tu yg asyik dok pegang stereng berjam-jam lamanya...huhuhu... oklah, haku nak menyambung kerja2 mendobi kali 3 ni... manyak betol pelanggan!! hehehe..... Silalah layan pic2 kt bawah ni wat cuci mata, jumpa semula di part 2, kembara Jubail - Mekah.... Salam


Antara kaum2 ibu dn anak2 di depan Hotel di Al-Quwayiyah
(kaum ibu dr kiri Tina, Norma, Nina, Nor, Syikin, Gie, Dira dan As)




(kaum bapa dr kiri : Din hubby ku, Joe hubby Dira, Taufiq hubby Syikin, Sham hubby Gie, Zul hubby Nina
& Roy hubby As ---
duduk dr kiri : Aswhy hubby Norma (topi merah), Aby hubby Nor dan Pian hubby Tina)



Giliran anak2 plak nak bergambar.... peace sana sini (trade mark anak2 zaman sekarang)




My family termasuk sowang anak Norma, Haikal yg mesra kamera ni.
Masa ni nak memulakan perjalanan ke2 iaitu dr al-Quwayiyah ke al-Taif utk bermiqat disana.



Dlm perjalanan terpandang logo pokok kurma Saudi ni... nun diatas bukit batu.


Anak2 yg sentiasa ceria dn bising dlm perjalanan



Sand storm yg baru nak mula.... snap dr dlm keta + kamera xcanggih = gambar xclear..


Indah sungguh pemandangan, bermacam2 padang pasir yg ada, pelbagai rupa dan warna
tanpa pokok2 yg menghijau dikiri kanan jalan

View dr dlm keta jugak - bukit2 pasir yg berbatu2 kecil... cantik sangat!!


Dah nampak sandstorm dr jauh.... berdebar + takut!!



Gambar yg dh di edit - pandangan tidak lebih dr 100mtr saja.. bunyi angin + pasir lg kuat
pd radio keta yg dipasang... huhuhu

Tiada ulasan: