Isnin, 13 Julai 2009

Kembara akan bermula hari ini

UMMIDIN - KASIH ABADI akan
Bercuti demi menuju ke suatu tempat kasih abadi iaitu ke Mekkah, Al-Mukarramah
Doakan perjalanan tuan-tanah, pn.purpleheart, nyamyra, pn.syikinwish, pn.ninaEditor, pn.As, dan juga pn.Tina/pian, pn.Dira/Johan & pn.Lina/Harris. Semoga kami semua selamat dlm perjalanan, selamat mendapat umrah yg mabrur, Insyallah.



Packing memacking dah siap!!!
mamat sowang ni memang suka dok dlm beg beso ni...



Setakat ini persiapan dr segi mental dan fizikal, alhamdullilah sudah hampir siap pd keseluruhannya, cuma sedikit perasaan berdebar2 yg haku tak dapat nak elakkan. Maklumlah, inilah pertama kali haku nak menjejakkan kaki di tanah haram, Makkatul Mukarammah tuh. Pelbagai rasa datang dlm diri ini.... klu nak diceritakan kt sini nanti berjela2 pulak dah... ada ker org nak tahu??


Terima kasih tak terhingga buat ustazah Asmah yg comel tu, kerana telah mengajar kami2 yg nak pergi ni, tentang tatacara, bacaan2, doa2 untuk mengerjakan umrah. Maklumlah, kami budak baru belajar, masih banyak yg perlu dipelajari dan diperbetulkan. Terima kasih sekali lagi. Syukran3x!!!


Insyallah, lepas solat zuhur iaitu dlm pukul 2.15pm sebentar lagi, kami semua akan memulakan satu perjalanan yg panjang iaitu dr Jubail ke Mekkah. Oleh kerana destinasinya yg agak jauh, maka perjalan pertama kami dijadualkan akan berhenti di Al-Quwayiyah terlebih dahulu yg memakan masa selama 6jam. Esok, perjalanan kedua akan dimulaai selepas subuh menuju ke Taif utk bermiqat. Perjalanan ketiga barulah kami menuju ke Mekkah, dn insyallah akan bermalam di Mekkah selama 2mlm. Selepas selesai, dr Mekkah ada yg langsung pulang dan ada yg menuju ke Madinah. Bagi tuan tanah sendiri, akan terus balik coz hubby nak kerja pd hari sabtu keesokkannya.


Dianggar dlm 9 keluarga akan pergi, dan baru semalam ada seorang rakan Malaysia lagi ingin mengikuti kembara Jubail ke Mekkah ni, alhamdullilah... lagi ramai lagi bagus gitew. Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan akan dipermudahkan segala urusan dan rancangan kami semua. Amin.

See Yaaa!!

1 ulasan:

nya myra berkata...

selamat menunaikan ibadat umrah yea auntie feed .. semoga Allah permudah kan sumer urusan kiter, insyaAllah ..