Rabu, 20 Jun 2012

Holiday dengan Episod Baru

Salam allz


Di subuh yg kering kontang.. aku mcm biasa xbleh nk lelap semula lepas solat subuh... tah kenapa mata ni susah sangat nk lelap skang ni pn tak tau.. even tido lewat sekalipun.. aku tetap xleh tido di siang harinya... gigih gak cuba membaringkan diri atas katil, atas sofa or atas lantai bagai.. tetapppp xleh tido... arrrrrgggghhhhh!!!..

Tp bukan kisah tidurku yg nak diceritakan di sini... biarlah ianya menjadi kisah misteri nusantara aku.  Insyallah 2-3minggu elok la nanti.. hwuaaaaaa :((

Tuan tanah cuma nak story pd korang yg skang ni term 3' school holiday dh bermula harini.  Lepas raya sok baru school mula balik. Waduhhhhh... sungguh panjang cuti meka kt sini kan. Maka bermulalah episod baru dlm hidup mak2 mereka kaedahnya... termasuklah episod sakit tekak sebab terlalu banyak membebel (aku la nih)... kwang.. kwang... kwang.

Xder pegi mana2 ke cuti sekolah ni?? soklan biasa ditanya org2 sekeliling.... mcm biasa.. kami akan terperap dirumah sambil menunggu bulan ramadhan yg bakal menjelang tiba.  Setakat pegi dekat2 tu ada lah kan.. xkan x kuar umah lansung.. boleh selulit kaki aku nanti.. binggong otak dibuatnya.. haha.. Walaupun sebahagian besar dr kawan2 aku kt sini balik ke tanahair utk menghabiskan cuti2 disana, namun tidak mematahkan semangatku utk meneruskan rutin harian dibumi gersang yg penuh barakah ini.. hewahhhhh.. (dlm hati hanya tuhan yg tahu.. huhuhu)




(gambar yg tiada kena mengena dgn ini ceritaaa)


Signboard dipintu masuk kelas my lil boy, Qaweem. No more Recepction B la lepas ni ye dik... insyallah bulan september nanti dh bleh masuk Grade 1.. sure lah dia rindukan kenkawan dia cuti sekolah ni.. sb dak kecik ni sangat2 la sukanya pegi school sb nk berkawan.. kt umah ni dia sorang je yg kecik.. yg lain semua dh buat hal dewasa memasing.. 




Si kakak Qaweem plak ngan aksi2 happy sakan menyambut cuti panjang. Dok umah tlg ummi cuci baju, cuci pinggan, cuci lantai dan bermacam2 cucian aku nak suh dia buat sempena cuti panjang ni. Alhamdullilah.. dapatlah ummi korang ni dok goyang kaki, goyang badan bagai.. ahakkksss..

Ok lah... nak sambung tengok drama lg... la ni citer Seindah Sakura dh habis.. tp cerita Dejavu di Kinabalu baru bermula.. haha.. gitu ajelah tiap2 hari.... sayang my lappy ketat2.. kerana dirimu begitu berharga buat diriku yg jauh dipertantauan ini... lalalalalala

Bye, Maasalamah


Tiada ulasan: