Sabtu, 29 Ogos 2009

Rindu terbalas di kota Mekah

Salam Ramadhan 4 allz,


Firstly kt sini, aku nak ucapkan selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur buat semua teman2 blogging yg dekat mahupun yg jauh dr kelopak mata. Salah silap kita harap dapat dimaafkan bersama. Moga ramadhan kali ini akan jadi lebih baik dr yg lepas buat kita semua... insyallah.

Rindu nak tengok blog rakan2.... blog sendiri apa lagi, dah lebih seminggu tak jengah, apa lagi nak update. Itulah hakikatnya.... aku dan lappy terpisah seketika kerana 2 matlamat yg amat berharga buat aku dan family di Saudi ni.

Dah lama ku idamkan, alhamdulliah.... akhirnya tercapai.... syukur kepada mu ya Allah kerana memberi kesempatan buat aku merealisasikan impian aku yg tak mungkin akan dapat aku lupakan seumur hidupku ini.... amin.

Impian bepuasa di Mekah al-mukaramah berserta mengerjakan umrah disana bersama2 keluarga tercinta, dan juga impian bertemu ibunda tercinta yg sudah lebih 5 bulan ku tinggalkan jauh di Malaysia. Macam mimpi plak rasanya... tapi itulah kenyataan.


Kenangan : aku dan anak bersama ummi di Mekah....
nengok dak Qaweem yg taknak berenggan lansung ngan neneknya tuh... siannyaa.....


Pada 20hb Ogos yg lepas aku ngan kuarga telah meredah padang pasir yg ketandusan air (tp bukan naik unta... sb unta2 zaman sekarang taknak bawak org klu tak dibayar 5sr...hehehe) mengharungi perjalanan yg memakan masa lebih 12jam utk ke Mekah demi tujuan2 diatas. Teima kasih tak terhingga buat hubby tercinta kerana sudi mengambil 1mggu cuti demi menemukan ibu dan anak, cucu dan nenek, juga menantu dan mertua nan sorang. (harap2 begitulah sampai bila2.... susah bang nk layan klu ada banyak mak mertua..kan..kan..KAN!! dgn nada meninggi skit....hehehe...marah ni...)

Seawal jam 6.00am, hr khamis 20/8 kami bertolak dr Jubail menuju ke Mekah. Sepanjang jalan memang lenggang/sepi/cool membuatkan perjalanan kami menjadi lancar tanpa ada ganguan. Alhamdullilah, kami sampai di Sayl al-kabir, Taif tepat jam 5.00ptg utk bermiqat. Oleh kerana driver kami nan sowang ni tak rasa letih lansung, kami bergerak ke Mekah selepas solat maghrib.

Setiba di kota Mekah, jalan raya agak 'bersangkalibut' dgn pemandu2 nya yg ala2 nak cepat sentiasa.... puas sudah aku melatah setiap kali ada kereta dok menghimpit kereta aku.... adusssss... penat melatah dr driving gaknya.... huhuhu... mulut kena jaga, tak leh nak sumpah seranah... sb dh masuk tanah haram.... sabar, sabar....huhuhu... kunyah jer la seranah dan menda2 yg tak puas hati turrr....

Jalan banyak ditutup atas sebab apa aku pn tak tau, polis bersepah sana sini... pelik gak!! uhhh... tak kisah lah, janji di tak tahan aku udahlah. Oleh kerana tak berapa nak hafal jalan2 di mekah ni, maka dgn selamba aku suruh hubby aku ikut jer kereta2 kt depan tuh, mesti meka semua nak ke al-haram.... agaknya lah... celah mana aku tak redah... semua masuk...tup...tup... sampai gak ke hotel tpmt penginapan kami tuh.. syukur..

Setelah selesai semua urusan check-in, hangkut barang2 masuk ke hotel dan segalanya.... aku ngan kuarga pn menuju ke masjidil haram utk mengerjakan umrah. Malam tu, suhu di mekah agak tinggi tahap kelembapannya, berserta dgn org yg semakin malam semakin ramai... syukur... siap jugak umrah kami dan bertahalul tepat jam 11.00mlm.

Misi bertemu ibunda tercinta takleh ditangguhkan lagi... aku meminta hubby utk terus menuju ke hotel tmpt penginapan ummi aku tu tanpa mengira samada dia dah tidur ke belum...huhuhu.. ini semua sb rindu yg terlampau tu lah. Memang benar bagai dikata, ummi aku dah tidur daaa... tp bila dia dengar dak Qaweem beri salam, ummi bingkas bangun dn terus memeluk dak Qaweem dgn eratnya. Masa ni tuhan jer yg tahu bertapa sebaknya aku melihat keadan yg tak pernah lansung terlintas dihati utk bersua ibuku di bumi anbia ni. Ini semua sb ibuku dtg utk membuat umrah dibulan ramadhan..... klu tak.... tungguuuu... lah anakmu ini balik mesia nanti...hukhukhuk!!

Selepas itu, maka tiap2 hari lah dak Qaweem mengajak aku pergi jengah nenek dia di hotelnya itu. Kami tak dapat nginap di hotel yg sama sb dh penuh. Tp takpe, bukanya jauh pun dr hotel kami. Tiap2 hari kami menghabiskan waktu bersama, bebuka posa sama2, solat tarawikh sama2 dn yg lebih istimewa lagi, kami mengajak ummi bermalam dihotel kami walaupun cuma 2 mlm, sb ummi terikat dgn agensi yg diikutinya itu. Tapi puas jugalah berborak cerita2 terkini dr mesia dan tak lupa juga acara 'menurun' resepi2 yg dr airtangan ibunda tercinta.

Malam terakhir aku di mekah, aku mengajak ummi utk pergi mencari barang skit2 utk dijadikan cenderahati dr aku sekuarga buat adik beradik di mesia. Maklumlah, raya nanti tak jumpa... so, barang kukirim sebagai tanda ingatan aku buat adik beradik aku yg 3 kerat disana, moga tak lupa aku sekuarga disini.

Tibalah masa berpisah pd keesokkan harinya iaini hari rabu 26/8.... sebelah malamnya aku takleh tidur lansung mengenangkan esoknya adalah hari terakhir aku menatap wajah ibunda tercinta secara dekat.... air mata mengalir tanpa henti.... apatah lagi esok, bila saatnya telah tiba. Tapi kenyataan harus ditempuhi jua... semasa hari perpisahan itu, aku dn anak2 tak dpt menahan tangis sebagai mengakhiri perpisahan yg agak perit itu. Ummi memeluk kami semua terutama dak Qaweem seakan tak mahu lepas. Ya Allah, rasa seakan jantungku disentap pd ketika itu... melihat wajah ibuku yg meminta supaya kami bersatu kembali, tp apakan daya... takdir menentukan segalanya.... kita harus redha...insyallah ada rezeki kita akan berkumpul semula.

Sepanjang jalan menuju ke Jubail airmata aku tak mahu berhenti, hubby ku faham.... maka, dia cuma membisu dan sesekali di buat lawak supaya aku tak terus dok menanggis sampai sudah. Kesiannya mek sorang ni sampai ketiduran dok nangis tak henti2....huhuhuhu...

Dan kami sekeluarga selamat tiba di Jubail jam 12.30mlm setelah meredah perjalanan lebih kurang 13jam setelah 1jam berhenti di Riyadh utk berbuka puasa disana. Oleh kerana badan terlalu letih, hubby ku 'tapau' aje makanan utk kami sekuarga bersahur nanti... ape lagi... kalau bukan nasi laham mandhi.... bedal jer la....dr nak pegang periuk dan masak kt umah...huhuhu..penat tuhhh...

Ok lah, until next n3..... sat lagi kol 12....nak gi tadarus ngan geng2 westwind ni... dr tidor berlengkar jer, baik buat menda2 berfaedah camni kan...kan... ok, see yaa....

Tiada ulasan: