Ahad, 16 Disember 2012


Salam


Sekadar luahan perasaan
yaa... sekali lagi selepas cerita khemah semalam
(boring x?? boring x??)

harini pasal my kebun pulak!
especially, my kacang botol a.k.a keceper kata org jawa

*
*
*
*
*
inilah rupa kacang botol di tepi rumahku syurga ku ini
setelah setahun ku tanam dan kubelai baru Nov2012 ni dia mengeluarkan hasil
pergghhhhh... berpeluh ketiak menunggu!!



Punyalah sayang aku pada pokok yg ku import jauh dari M'sia ni
ampatttt kali sehariii aku intip tanpa jemu jelak..
setiap pucuk yg keluar dah ku tahu jantan betinanya
sangat drastik tak?? ko ada???

Dasar pokok made in M'sia
agak x sesuai dgn keaadan cuaca di Saudi ni rata2 bermusim kekdahnya
Masa aku tanam dulu kira2 dlm musim luruh tahun lepas
dan cuacanya yg ala suam2 kuku mcm M'sia musim hujan
tunggu2 punya tunggu 'dia' xmuncul2 jugak
coz dh masuk winter gamaknya... alahaiiii sejuk kot!.. 
aku plak buat2 paham dlm terpaksa kenapa dia xmau bercambah 
hokeyyyy!! takpe.... aku tunggu lagi dn lagi
dan akhirnya.. jeng.. jeng.. jeng!!!!!
lepas spring baru nampak pucuk comel keluar dr tanah
hamekkkkkk!!!.. berbulan baru nak muncul.. ishhh3x!!

seronoknya tak terkata.. ewah2!!
sang pokok pn xperlu kata apa2.. dia membesar bagai johan, tapiiiii

bila summer datang
 si pokok mengering berkeripot bagai nak mati..
ahhhh.. sudahhh!! sedih x terkata.. mcm pokok yg xboleh berkata2
aku biar n buat2 tak nampak.. lantaklah.. putus asa sudehhh.. :(

genap setahun, musim luruh kembali lagi
ehhhhhh... seperti mati hidup kembali plak dia 
naik dgn gemilang terbilang sembilang sekali
yg berkerepot berderai keguguran, pucuk baru keluar dan diikuti dgn munge2 cinta skali
wahhh!!!.. seronok duaronok tigaronok dan bersonok2 aku dibuatnya

banyak ko buah dia, mcm cendawan tumbuh lepas hujan kekdahnya.. 
alhamdullilah syukur sangat2!!

Tapi, bila Jubail ni dilanda hujan tiap2 hari yg turun mercurah,
sang bunga2 cinta banyak jatuh berguguran kebumi..
aku termenung lg.. hanya mampu mengucapkan syukur alhamdulliah
hikmah disebalik hujan rahmat
ada juga yg kekal, dapatlah kami anak beranak merasa

Winter plak dah mari, 
si kacang botol ku yg kesejukan terencat lg tumbesarannya
tak sempat besar buahnya dh ready to petik
nak buat camner, itu lah rezeki dr Allah swt utk kami
walau kecit tp sedap.. garing je mcm mkn keropok.. hehe
moral of the story, toksah la tanam pokok madeinmesia 
kalau taknak sahut cabaran jadi seorang yg penyabar.. ekekeke
sungguh ke'laut' tak??

Fyi, bukan takat pokok kacang botol je aku bawak terbang dr M'sia tu
ada pokok keladi, pisang, kangkong, serai wangi, serai busuk,
limau kasturi, ubi kayu dan ada 2-3pokok yg kulupa nama dlm IC dia,
dan kesemuanya menerima nasib yg sama dgn si kacang botol ni tadi.
owhhh.. sungguh terharu.. sob.. sob..

Hokehhhh...
Maka berakhirlah kisah suka duka 
si penanam 'keceper' tegar dibumi gersang Saudi Arabia ini
marilah ikut saya kedapur ku syurgaku juga
utk pekena biskut kering cicah kopi o panas sedas dua
elok utk panaskan badan dan hati juga
{-_-}


Tiada ulasan: