Ahad, 27 September 2009

Selesai minggu pertama lebaran

Salam Aidilfitri semua,


Pejam celik, celik pejam dah seminggu rupanya kita semua berhari raya. Rasa macam baru semalam jew ramadhan berlalu.... uhhhh...begitu cepat masa berlalu. Umur pun makin lama semakin bertambah angka besarnya....huhuhu...yg ini macam tak sanggup jer nak jawab bila ditanya..., nak cakap 'biarlah rahsia' dan biasa sangat!!... tak 'girik' laa.. (trademark org s'pore)

Bercerita pasal raya, semua org yg mengenali dah maklum yg aku sekeluarga menyambut raya hanya di Saudi ni saja... belum seru nak balik Malaysia lagi...insyallah..raya tahun depan akan di fikirkan kelak....harap maklum...hehehe.
Bila dah diperantauan, kena pulak dengan cuti yg agak panjang, daripada dok umah memerap mcm tuna dlm tin.... baik lew pi makan hangin kan!!, kata sepakat, plan perjalanan dah pun disiapkan cik hubby sedari awal lagi...maklumlah, cuti seminggu kena menafaatkan betol2, klu tidak kelam kabut kita nanti.... dan semua akan jadi tak kena... tol tak??

Seperti yg dirancang, perjalanan ke destinasi pertama iaitu Jubail ke Madinah. Lebih kurang 8bj kereta berlepas selepas subuh, dan aku bersama seorang lg kwn hubby berlepas kemudiannya iaitu dlm kol 9.00am, bukan tertinggal!! tp saja gerak lewat skit, sb cik drebar nak tidor lulu lepas sahur. Setiba di Madinah setelah menempuh 13jam perjalanan, kami 10bj kereta menetap di hotel yg sama...alhamdullilah, senang kit nk wat majlis pd mlm raya nanti... pergghh...meriah gak beb!! bila ditambah rendang, serunding, nasi impit juadah frozen buatan kami... siap simpan special tuk mlm raya jer taoo!!
Syawal pertama di Madinah, tidaklah semeriah di Malaysia sana... takbir raya cuma dibuat sebelum sembahyang raya, itupun cuma seketika...takde diulang tayang...berbanding di mesia ku itu yg bertakbir seawal lepas berbuka posa petang rayanya. Dan takbir di Saudi ni takde lah mendayu2 mcm biasa kita dengar di mesia...macam membaca surah lazim jer gamaknya. Maka syahdunya kurang, takde lah menitik airmata mahal aku ni... tapi bila bab memohon maaf diangain lalu melalui telefon pd kuarga2 di Malaysia sana, sebak, sedih, hiba, pilu semua dtg serentak...hwuaaaaa!! puas sudah kutahan, namun berciciran jugak si air mata mahal ku ini.




Dua gambar diatas (1 syawal @Madinah) : umat islam bersembahyang raya sehingga keluar dr pengkarangan masjid nabawi sehinggalah ditempat parking kereta... masyallah!!...
ramainya!!, sehingga aku terkedu seketika.

Selesai bersolat serta bermaafan bersama kawan2 seangkatan semua, kami memulakan perjalanan kedua menuju ke Yanbu yg memakan masa lebih kurang 3jm... 4 kereta semuanya termasuk aku ke Yanbu, selebihnya...wallahualam... ada yg terus balik ke Jubail, ada yg singgah ke Riyadh dulu... dan ada yg ke Mekah.
Di Yanbu, kami sempat beraya di rumah kawan hubby iaitu en.Zuraili dan kak Reenaz, dan ada dua lagi rumah kawan2 mereka, terima kasih tak terhingga dr kami semua... setelah kenyang perut, kami semua dibawa kesebuah rumah persinggahan iaitu rumah en.Rizal kawan hubby ku disana. Semua diuruskan oleh en.Mail & Isteri, pn.Gee... terima kasih banyak2, budi kalian takan ku lupa.
Misi utama iaitu ke destinasi ke3, ke Mekah utk mengerjakan umrah. Selesai bersarapan pagi yg dibeli dan disediakan oleh pn.Gee kami semua mengenakan ihram dan bermiqat di jurfah (ye ke?? silap eja kot...org2 Yanbu mesti tau tmpt ni, aku xpenah bermiqat kt sini, biasa di Taif aje)
Pagi keesokan harinya, kami menuju kedestinasi ke4 iaitu ke Taif. Di Taif ni sejuk skit, ala2 Cameron Highland... kami bermalam di sebuah hotel ala2 apartment... bila dah sampai Taif ni kami ke zoo dan tempat2 riadah yg mak2 tak suka tp kanak2 amat suka.

Cuaca kt Taif yg nyaman bila petangnya, tp paginya yg sejuk buat tulangku jd ketat..huhuhu


Hotel tmpt kami semua menginap.... mcm rumah jer...dikelilingi pokok2...
diTaif ni lah, salah satu tempat yg 'hijau' di Saudi ni.
Depan pintu masuk Hotel yg ala2 homestay di Taif ni.. ape ke benda dia tulis kt signboard tu pn
aku tak tau daa... kt Taif ni semua signboard dlm bahasa arab!
Kat Saudi ni zoo bukak pd malam hari jer..., kelabu asap mata aku nak belek 'minatang2' dlm kandang tuh... semuanya dok tido jer daa!!

Yg ni pn nak di letak kt zoo..huhuhu..shaun the sheep ni patut di letak kt belakang umah mak aku aje tuh... atau kt kedai mamak... kasi buat itu kari daa...

Cik 'jamal' dr mongolia ni dh set time nak tido, laki dia kt sebelah tu jer yg dok intai kitaorang ni yg dtg jengah dia... for info, unta kt Saudi ni cuma ada satu bonggol jer.. ada gak dlm kandang tu, tp aku maleh nk amek gambo, sb dh biasa tengok...kuikuikui..


Peminat setia shaun the sheep ni, dah takleh tahan nk naik keta api nuhh!!... trade mark biasa dia buat...peace.. 3-4 round jer dh terbang 5 riyal.. hampeh..mahal bebeno!!

yg 3 org ni pun sibuk gak nak naik bot berayun.. pas tu dok merapu jalannya...
pening la tuh..hehehe

Aikkk!! mak budak ni pn ada!! isshhkk3x!!.. aku cuma nak teman dak Qaweem ni jer.. ni kes terpaksa taoo!!
Keesokkan harinya, kami menuju plak ke destinasi ke5 iaitu ke Al-Baha yg memakan masa 2-3 jm dr Taif. Al-Baha ni lagi tinggi dan yg paling best lagi sejuk dt Taif. Apa lagi, 'mengerang' kereta aku dok panjat gunung yg dipenuhi jurang2 yg agak ganas... pergghh!!! gigil lutut aku menahan seram, taknak toleh kiri kanan...takot giler!! jom tengok gambar yg tak banyak kat bawah ni... suasana gunung ganang yg botak dn tak berpokok, tp sejuk!!

Jalan2 di keliling gunung yg menyeramkan tuh.. nampak tak??

tuan tanah dah berada dipuncak gunung Al-Baha

Di depan challet2 yg berwarna warni di al-Baha, tmpt kitaorang stay di sana
tp bukan yg berwarna merah kat atas tuh, yg ni haa!!, warna biru...lg besooo!!! sb 4 family stay dlm satu challet yg ada 3 bedrooms... meriah gitew!!
inilah rupa family2 yg stay dlm satu challet tuh, semuanya cun2 belaka!! org mesia kan!!
My hubby sibuk bebeno nk tahu ape benda yg dijual dek kemah2 kuning tepi jalan ke al-Baha tu,
comey2 kan kemah tuh??
see, abih dibelek semua periuk2 mamat yamen ni, dia ingat ada jual nasi lemak berlauk gaknya...hehehe.. rupa2 nya..tarrraaa!!


Madu lebah asli Saudi... siap ada dia nyer sarang madu lagi.. sangkut gak sebotol... 50sr.. ok gak!!


Siap buat demo kepekatan dan keaslian si madu ni tadi...


inilah rupanya madu yg di display kt depan warung kuning tuh, ingat jual nasi lemak dgn teh-o tadi... muahahaha!! lawok dipetang hari la plak!!

sempat gak snap gambo watu cik lebah ni yg 'meroyan' dek kerana madunya diamek oleh mamat yamen tuh.. sian la dia, siap putar2 keliling botol belek madunya itu...huhuhu


Setelah sehari bermalam di al-Baha, kami pun pulang semula ke Jubail dan kali ni memakan masa sehingga 15jam perjalanan. Sendiri mau ingat ler, kebas macam hape punggungku ini. Siap bengkak kaki lagi, punyalah penat... anyway... aku memang enjoy dgn trip kali ni, dan berharap satu hari nanti kami dapat menjejakkan kaki kesana lagi, insyallah... winter nanti, sb kata org Saudi, di al-Baha ada salji bila musim sejuk, tapi saljinya tak sama lah dgn salji di US sinun... cuma mcm hujan air batu yg halus dan banyak ajer. Kira azam la ni.... insyallah!!
Ok, sampai sini dulu karangan dr ummidin ni, dah takde idea laaa... lain kali kasi cerita lagi boleh tak... itupun kalau ada bahan yg nak diceritakan...hehehe.. btw see yaaa!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

sian eh, tak dpt blik...

Tak pe...

taun depan ada..
panjang umur, jmpalah saudara mara tu...

mesti dorang tak sabar tnggu....

Ada open house ke kat sana...

Umah sape ada buat?

p/s best tgk gmbr jalan2 tu...terubat gak la sedih kan..