Sabtu, 12 September 2009

Salam Aidilfitri dari Kejauhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salam untuk semua
*
*
*
Aidilfitri dah nak menjelma,
makin sayu terasa hati ini
mengenangkan diri ini
tak dapat pulang berhari raya
bersama insan2 tersayang
nun jauh di Malaysia sana.
*
*
Memandangkan di Saudi takde kedai jual kad raya
cuma yg ada hanyalah kad raya cyber ni saja
tapi aku rasa dah cukup buat hati aku sayu
tetap jugak nak dihantar pada sanak saudara
kawan2, jiran2 dan pada sesiapa yg mengenali diri ini
*
*
Kalau di Malaysia, mesti aku dah sibuk kehulu kehilir
membuat persiapan utk menyambut lebaran
tapi di Saudi ini suasana memang berlainan sekali
huhuhuhu.... memang lain sampai aku tak tau nak buat apa
nak buat kuih raya pun rasa takde mood nak mula
tapi akan ku mulai jugak sb nak ada 'feel' raya
*
*
Insyallah, walaupun aku tak dapat balik beraya di Malaysia
tapi raya tetap raya kan??
Kami sekeluarga akan menyambut raya di Madinah, Mekah,
al-Baha dan Taif.... dn mungkin juga ke Yanbu.... insyallah
moga2 diperkenankan olehnya.... amin
*
*
Dikesempatan ini jugak kami sekeluarga nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk
*
*
Ummi ku, Hjh. Sharifah Parlilah Bte Syed Abdul Ghani
(Ampunkan segala dosa2 ku yg dilihat mahupun yg tersembunyi, halalkan
makan dan minum dan maaf ku pinta kerna tak dapat cium tangan mu di pagi raya)
*
*
Adik ku, Sharifah Ufairah bte Syed Abdullah
(Kali ini kita tak dapat berkumpul bersama2 mcm dulu, tapi mungkin di lebaran
yg mendatang kita akan menyambutnya bersama semula...insyallah...
Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.... buat Ika, Zul, Adam dan Afif)
*
*
Abang Sulung ku, Syed Musaffakamal B. Syed Abdullah
(Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung kaki,
semoga ceria di hari raya bersama keluarga tercinta Kak Nah dan Fatihin)
*
*
Abang kedua ku, Syed Mohd Firhad b. Syed Abdullah
(Salam Aidilfitri jugak buat Yat, Amy dan anaknda Iman Hakimi, maaf zahir dan batin
dari kami sekeluarga disini. Makan lemang ketupat jgn lupa kami disini
yg tak dapat rasa juadah dr ummi tahun ni.)
*
*
dan tak lupa juga keluarga sebelah hubby ku
*
*
Buat kakak iparku cikgu Habshah, Moga kehidupan akak akan lagi bermakna sekarang ni, Maaf zahir dan batin dr kami sekeluarga. Buat adik iparku Mohd Syahir dan isteri cikgu Izan... kali ni akak tak dapat makan lemang buatan adik...makankanlah utk kami... (pssst...raya haji boleh wat lemang lagi tak??) Ampun maaf dipinta andai ada salah silap... dan terima kasih atas kiriman adik tu ye..

Buat Mak tok dan tok ayah... huhuhu.. aku merindui gulai lemak tempoyak ikan baung masakan mak tok itu... ampunkan segala dosa2 kami sekeluarga dan halalkan makan minun kami... maaf zahir dan batin buat semua. Buat pak long Epit, mak ngah Nor, Acik Anish, ucu Atie... sampai hati tahun ni takde kad raya utk kami....huhuhu... baju raya korang mesti vouge mcm biasa... dan mesti berpasang2...hehehe, tp akak kt sini 'all black', baru pn tak nampak mcm baru...huhuhu. Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dr kami di perantauan ni.

Pada kawan seperantauan yg tak dapat balik ke Malaysia macam haku ni... moga kita semua tabah dlm mengharungi pelbagai dugaan... terutama dugaan menyambut raya ditempat orang.. yg berlainan budaya. Tapi yg penting suami dan anak2 kita sentiasa bersama kita.... dan kalau nak nangis...jgn lah nangis depan haku..nanti aku ikut nangis sekali..huhuhu...

Ok lah... dah panjang berjela mcm tali kapal layar dah ni. Kalau nak tulis kat dlm kad raya mesti dah berkeping2 ni.... tp pos belum tentu lagi...hehehe.

By the way, buat semua yg dah bukak blog aku ni... aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA, AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua. Dan enjoy lagu2 raya dr blog aku ni. See yaa.....

Tiada ulasan: