Ahad, 5 April 2009

Jom Layan Resepi Roti cik John!

ROTI JOHN @ SHAFIR - KASIH ABADI
------<@-<@-<@---@>-@>-@>-------



Salam semua..... and good morning..... (waktu KSA time kita ngah update lew!!)

Entry kali ini ialah resepi yg cepat dimasak and begitu sedap bila dimakan..... (buat sesiapa yg suka sarapan yg ala2 tak begitu berat..... tetapi ringkas dan mudah gitew!).

Jumaat lepas, hubby jemput kenkawan dia (bujang tp dah kawen) dan adalah dua keluarga......(jiran, yg sememangnyew ada dua rumah jew kt sini) breakfast kat rumah kita. Masa tuh kita tak sempat (lupe pn ye jugaks!!) nak snap gambar2 menu nya.... alewww... biasa2 jew..... menu org mesia apa lagi klu bukan nasi lemak yg tak cukup sayarat dan adalah skit2 makanan tambahannyew termasuklah roti john yg dibawa oleh jiran kita cik 'c'kinwish' tuh. Mekasihlew sb bwk makanan faberet anak2 sume. Haaa... ni lew kita nak citer kt sini..... sebenarnyew dorang yg request buat roti john ni lagi... tuari xpuas makan.... sb dpt rasa skit sorang jew... hehehe.. adat lew tu kan..... so, haku pn suh cik hubby cari bahan2 di Panda depan tuh maka pagi semalam kita pun buat lah menda ni.......

Nak resepi tak??? ok... lah kita tempel kt sini wat rujukan pd meka2 yg nak mencuba.... atau pd sesiapa yg dah lupa resepinyew......layan lah jappp.....


Bahan2 :-


  • Roti - yg panjang tuh... (suka hati nak wat banyak mana - kita wat abis 1 beg...kwang3!)
  • 250g atau lebih daging cincang - (kita guna daging laham cincang... )
  • 2-3 ulas bawang putih (di cincang halus)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu teh or lebih sebuk kari daging
  • minyak untuk menumis (tp kita guna butter - lg sedap lorrr)
  • 3 biji telur
  • garam dan sebuk perasa - secukup rasa maa..
  • sos cili/tommato
  • mayonis
  • bahan accessories (buah tommato, timun dan daun salad - dimayang kecit2)
Cara-cara nyew :-


  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus
  2. Panaskan sedikit butter untuk menumis bahan '1' tadi dan campurkan dengan daging cincang.
  3. Masukan pula serbuk kari, garam dan serbuk perasa - kacau sampai dagingnyew masak.
  4. Setelah masak.... masukan daging tadi dlm mangkuk - pukul telur dan masukan kedalam daging yg sudah dimasak tadi dan gaul sampai rata.
  5. Panaskan butter dalam kuali yg bersih
  6. Sapukan adunan daging + telur tadi pada roti dan
  7. terlungkupkan atas kuali - paling kan juga roti supaya belakangnyew juga ranggup
  8. Setelah masak - hiaskan dengan bahan accessories tadi serta sos cili dan mayonis..

Ok laaa...... SELAMAT MENCUBA! b-t-w seee yaaa!

1 ulasan:

:: Leeza Joe :: berkata...

kak shafir...
bile nak ajak kami2 ni b/fast kt saner tuuuuu...hehheheh...teringin plk nak rs masakan org johor,,,:)