Rabu, 12 November 2008

Satu Urusan Selesai Sudah

Salam semua..., baru hari nie ada cerita yang nak dikongsi bersama, sebelum tu bukannye takde cerita, tapi.... alahai... citer2 biasa jerrr, lainlah kalau duduk jauh diperantauan, sentiasa ada jer citer menarik yang nak dikongsi bersama buat keluarga yang nun jauh dimata, maklumlah kalau nak call selalu nanti berkoyan-koyan plak prepaid cik hubby nak supply kt cik bini dia ni. Dok kt negara orang naklah sentiasa berjimat..(negara orang cuma ada hujan batu jek..hehehe) so, the moral of the story is... cerita lah kisah suka duka, sadis dan sebagainya semuanya didalam blog anda...hehehe... (promo kt kengkawan yg lom ada blog lagi)



Hari ini adalah hari yang paling mengelabah bagi kita, sebab ape nak tau tak?.... tadi... pagi2 hari lagi kita dah teringat yang satu daripada pesan cik hubby yg belum kita laksanakan, iaitu pergi ke sekolah anak2 nak bincang pasal surat akuan berhenti sekolah mereka. Yang sebenarnye, minggu lepas kita pergi ke sekolah tersebut tuk berjumpa cikgu Salwa (pssst... bukan nama sebenar), yg menjaga hal ehwal murid, kita berbincang ngan panjang lebar..., dan kita pun mendapat kata putus yang agak bercanggah dengan ape yang hubby sampaikan. Kita pun balik kerumah dengan kepala yang berat berpusing2 (penat dan pening). Dan hal ni jugak kita sampaikan pada hubby yg di KSA tu... ape lagi, cik hubby pun ada 'fenin' jugak dan ada skit marah laaa... dia suh lak kita call abang ipar dia mintak pendapat, kita malas la nak call abang ipar dia tu nanti kecoh lak satu sekolah tu, nanti dia kata dah pandai main pihak atasan lak (for info, abg ipar dia tu.. Timb. Pengarah Pelajaran negeri Johor). So, hari ini kita cuba lah nak atasi sendiri hal tu lalu call lagi sekolah tuk kali yang ketiga, dan alasan yang sama kita dapat dari pihak sekolah, dah tak tahan menanggung bengang, kita pun call lah si abang ipar hubby seperti diarahkan, nak tahu ape dah jadi...., dia kata abang akan call dalam masa 30min lagi. Tuhan aje yang tahu hati tak keruan kita waktu tuh.., takut, bimbang aahhh.. macam2 adaaa... jab lagi.. hp kita berbunyi... hah...ape citer.. abang ipar kita suruh kita pergi sekolah la ni gak, trus je jumpa ngan guru besar... sah!!!, dah kena pun cikgu tu rupanya.. kita pun ape lagi trus amek kunci kereta lalu pergi kesekolah seperti yang diarah, trus isi borang berhenti sekolah, sain dan balik. Hahh... lapang dada satu kerja dah siap. Tah ape kebenda yang dikaba dek abang ipar hubby pada guru besarnya kita pun tak tahu lah, janji.., ape yang kita nak buat dah settle satu persatu. Buat para guru di SKTPW tu, mekasih bebanyak kerana dah mendidik anak kita selama disini, I'm so so sorry pasal siang tadi... (bukan salah guna kuasa tauuu!!) just want to make it easy.


Wahai cik hubby yang berada nun jauh di mata ku,,, ingatlah bahawa sepeninggalan awak tuh jangan ingat cik bini kat sini patah kaki, patah tangan, patah tengkuk tauuu.. insyallah, segala urusan akan ku settle kan sendiri tanpa mu disisi. Kalau boleh semua hal nak dilaksanakan dengan cepat supaya semua urusan untuk kami disini berangkat kesana juga dapat diuruskan dengan cepat juga. Dah tak tertahan rasanya duduk berjauhan, sunyi sepi, gundah gulana, kelam suram semuanya ada huhuhu... anyway..doakan supaya semua dipermudahkan olehnya..amin

Tiada ulasan: