Ahad, 16 November 2008

'Perginya menyahut seruan Ilahi'

Salam... bertemu kembali dialam maya ini. Baca tajuk kat atas tu bunyinye semacam jew kan!, hakikatnya kat sinilah kita ingin bercerita tentang pemergian dua orang saudara kita yang pergi menyahut seruan ilahi. Tidak disangka-sangka sungguh melihatkan kedua-duanya sihat walafiat ketika Hari Raya Aidilfitri lepas. Innalilah hiwainna lilahirajiun..

Pada hari Sabtu, seawal jam 8.00am kita mendapat panggilan talipon dari ummi kita di kampung untuk memberitahu iaitu 2 orang saudara kita telah meninggal dunia didalam satu kemalangaan jalanraya. 2 orang itu adalah adik-beradik dan kedua-duanya perempuan. Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke kampungku Kota Tinggi, Johor. Kejadian berlaku di Machab, Johor iaitu kereta yang mereka tumpang telah di rempuh dengan kuat dari belakang (kereta tengah laju gamaknya..) menyebabkan seorang meninggal dunia ditampat kejadian dan adiknya meninggal didalam perjalanan ke Hospital Kluang. Anak saudara mereka a.k.a driver kereta itu cedera dan sekarang di wad hoaspital kluang dan juga abang ipar mereka yang duduk disebelah driver cuma cedera ringgan. Sungguh tak terduga rasanya, hari raya tuhari kami semua bertemu di tanah perkuburan untuk menziarah kubur ibu-bapa masing2, kesian sungguh melihat anak2nya yang masih lagi memerlukan pelukan seorang ibu. Semua itu telah ditentukannya, takdir mereka sudah tiba tuk menyahut seruannya tidak kira hari, waktu dan tempat. Sebagai seorang ibu, sangat tersentuh hati ini ketika melihat anaknya pengsan ketika menanggis memanggil nama ummi mereka, tapi apakan daya kita semua sebagai manusia tidak mampu mengubah qada dan qadar dari Allah s.w.t. Kepada sesiapa yang membaca blog ini marilah kita bersama menyedekahkan al-fatihah untuk kedua beradik ini iaitu Allahyarhamah Sharifah Habibah bte Hj Syed Abd Majid dan Sharifah Fatimah bte Hj Syed Abd Majid...semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah..

Tiada ulasan: