Ahad, 23 November 2008

Aktiviti di Kampung

Tangkapan hari pertama - udang galah.... (ori foto : ucu Atie dan udang galahnye!!)


Salam... see u again, skang ni kita dengan anak2 berada di kampung halaman cik hubby di Segamat, Johor. Cuaca kat sini alahaiii... panasnya!! ape lagi, pas sorang, sorang anak2 kita demam bermula dari yang kecik Weweem tuh, pas tu melarat-larat lak, sampai orang Segamat pun kena tempiasnya sekali, tak tau lah kenapa?? mungkin cuaca kejap panas kejab sejuk kot. Kat sini takde musim ape-ape lg, musim buah dah berlalu... tu yang hero2 kita asyik dok terperap kat umah jew, kalau musim buah tuh dok terperap kat atas pokok lah plak!!! bukan ape, kat umah kita di JB tu takde pokok untuk dipanjatnya, pokok kaktus kita tu ada lew... taknak lak dipanjatnyewww...hehehe!!!! So, aktiviti wajib balik kampung ayahnya ialah panjat pokok... kalau kat kampung kita tu pokok kelapa tu adalah... tepi laut lah katakan... pokok ape yang berani hidup...


Oleh kerana pokok yang sedang berbuah kat sini cuma pokok limau kasturi aje (tak leh panjat sb pokok bau paras pinggang!!) dia orang sume tukar aktiviti lah, tangkap ikan kat kolam peninggalan ayahnya kat belakang umah jewww!! ade ke ikan??? ade... siapa cakap takde... cuma kurennnggg!! biarlah, asal meke sume bahagia udahlah.. ikan dapatlah gak yang comel2, ikan sepat, ikan putih dan ikan ape lagi taktau amende...tapi yang paling best tuhh dapat udang besauuuu!!!.... (pssst.... cik hubby, see... dapat UDANG bebbb.. first time tuhh... awak dulu cume dapat ikan sepat jeww).


Ok lah untuk entry kali ni, next time if ada time kita akan berentry lagi, yang sebenarnya tangkapan kedua hari ni ialah ikan haruan yang agak besauuu gak, tapi oleh kerana kita takde dirumah untuk amek gambar, maka... ikan tersebut sudah pun siap digoreng... so, tunggulah esok untuk tangkapan ketiga dan seterusnya. (kalau ada rezeki anak2 lah..) bubye!!

1 ulasan:

Neeza Shahril berkata...

mesti che' hubby sangat jeles tengok udang tu.. :))