Sabtu, 20 Jun 2009

Get well soon, Afif Haidar

Salam 4 all
Alangkah sebaknya hati tatkala berjauhan dengan insan2 tersayang yg jauh ditinggalkan nun di Malaysia dikhabarkan dengan berita mendukacitakan. Semalam, adik kita kol dr Johor Bahru mengatakan bahawa anaknya yg bongsu telah dimasukkan ke Hospital kerana demam panas. Tambahan pulak, katanya dak Afif tu sukar bernafar disebabkan lendir yg banyak disekitar paru2 nya yg comel tuh. Rasa tersentuh yg amat sangat sb, dua beradik tulah (Afif n abangnya, Adam) memang rapat dengat keluarga aku memadangkan hanya haku ngan adik haku tinggal berdekatan di JB (bersebelahan taman ajew) dan cuma kami berdua ajer adik beradik perempuan yg ada dlm family haku yg kecit tu, selain dr dua abang.... huhuhu...
Semalam, hati ni teramat rindunya pd meka berdua tu, maka haku suruhlah adik haku tu bawak lappynya ker hospital supaya haku boleh 'melawat' anak sedara haku tu melalui skype. Alangkah sedihnya hati, sedang kami leka ber'skype' tetiba ajer cik misi dtg utk sesi memasukkan oxygen kedlm rongga dak Afif.... kami semua kt rumah terdiam sejenak melihatkan keadaan dia yg menanggis ketakutan dengan suara yg seakan tenggelam timbul beserta serak tuh. Ni lah pic yg sempat kami snap masa ngah skype semalam ::-
Adik haku Ika, ngah pangku Afif yg meronta2 menanggis sambil cik2 misi dua org memasukkan oxygen padanya. Dan yg menyedihkan lg ialah, kata adik haku setiap 2 kali sehari lendirnya akan disedut melalui hidung dengan menggunakan tiup kecil. Alahhaiii... bayangkan.. klu seekor nyamuk masuk kt dlm idung kita... aduss... pedihnya rasa... apa lagi tiup yg panjang sampai ke paru2 tambah plak si kecil yg belum mencapai umur setahun menghidapnya.

Inilah dia si comel, Muhammad Afif Haidar, anak kedua adik haku tu. Pic ni disnap semasa hari terakhir kami sekeluarga di Malaysia sebelum berangkat ke Saudi ni. Satu hari suntuk dia berada kat umah haku tu... kesiannya...

harap2 Afif tak lupa pd Qaweem sekeluarga kt sini yek!!


Afif bersama ummi nya...


Buat Afif, ummi Nina kt sini ucapkan semoga cepat sembuh ye.... jangan takut makan ubat... tunggu kepulangan Qaweem sekeluarga ke Malaysia nanti. Bulan depan harijadi Afif yg pertama, tp maaf sesanggat ye Afif, kami tak dapat pulang utk meraikannya bersama...huhuhu... tapi takpe, hadiahnya akan di tunda apabila Qaweem balik nanti ye.. tungguuu... Buat adik haku, Ika n hubby, Zul... jangan sedih sangat, anggaplah ini ujian dr yg maha esa. Kami sekeluarga terlalu rindukan kamu semua disana. See yaaa!!

Tiada ulasan: