Khamis, 11 Disember 2008

Sedetik Kenangan Di Aidil Adha 2008

Salam 4 allz......

Agak sunyi juga blog kita setelah beberapa hari tidak di 'update' kan, mungkin biasa dikalangan orang2 yg agak sibuk, dan mungkin biasa juga bagi orang yg agak malas nak mengadap komputer tetapi tidak biasa bagi orang yg sentiasa inginkan pembaharuan. Kita disini sentiasa meniginkan pembaharuan tetapi..... masa kita amat terhad buat masa sekarang ini.

Bermulanya disini, iaitu pd Aidil Adha yg baru saje selesai diraikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Ada yg menyambutnya secara meriah, ada yg sederhana dan tidak kurang juga yg menyambut dalam keadaan sedih. Bagi kita sekeluarga, pada awalnya memang nak menyambutnya dalam suasana yg meriah, tapi kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Pada hari tersebut hujan turun dari awal subuh sehinggalah menjelang maghrib. Jadi, banyak jugalah perubahan yg dilakukan terutamanya aktiviti outdoor terpaksa ditukar ke indoor. Maka kuranglah gambar2 yg diambil kerana sebab2 tertentu. Dan pada hari yg sama ibunda kita diserang darah tinggi yg agak kritikal memyebabkan dia terbaring hinggalah kesaat ini.

Anyway, hanya 5 keping foto sajalah yg kita rasa sesuai utk diuploadkan disini, rasanya cukuplah buat lepas2 gian nak letak foto kt blog kita ni. Ok, lah... see yaaa!!!



Tiga saudara sepupu from left :- Qaweem (his mine!), Iman Hakimi (my 2nd bro son) & Adam (my sis 1st child)




Penduduk Kampung bergotong royong menyembelih lembu yg sebanyak 5 ekor didalam suasana hujan yg semakin lama semakin lebat.

Inilah sepupu mereka yg kesemuanya lelaki kecuali anak dara kita sorang jelah cucu perempuan tunggal... hehehe..nape hek jadi camni???


Danish & sweet baby, Afif Haidar



Me, (senyum senget tuh...!! hehehe, kelako la plak..) Adam & Qaweem - yg ni candid foto tau, that why.....laaaa...

Tiada ulasan: