Sabtu, 27 September 2008

Bahang Raya dah Hangat Terasa

Salam... hari ini penyakit malas masak bagai tak boleh ditolak-tolak, almaklumlah... bahang nak raya dah semakin kencanng terasa. Apatah lagi dari pagi hingga tengahari dok leka mengemas rumah dibantu oleh pekerja-pekerja am (anak-anak le!) yang paling best bila big boss kat umah ni kata nak amek baju raya dia yang di tempah di Kota Tinggi (jauh tuh), so nak masak memang tak sempat laaa (alasan je), apa lagi kita terus je sarankan berbuka je disana sekali. Tepat jam 5ptg kita sefamily pun bertolak ke sana, sebelum amek baju, kita terus je pegi menempah meja untuk berbuka di Rest. Hassan Ong, tapi malangnya 'full-booked' huhuhu... kelat mata aku nak makan baby sotong rojak kat situ... ape nak buat.. itulah dinamakan takde rezeki. Bengang nye pasal kita orang trus je balik JB smula dan kali ni kita sarankan makan je di Yew's Cafe Johor Jaya. Pas makan hajat hati nak main bowling tapi perut dah penuh sangat takut lak tekeluar isi perut tu nanti....
ape lagi.. balik je lah... main bunga api kat umah lagi best..hehehe.. Roll





Khamis, 25 September 2008

Kesunyian yang menanti

Salam wat sume.... I'm back! tuk merancakkan dunia blogger yang dah lama tak di update kan ni. Kuasa menaip kurasakan hilang buat seketika, tah kenapa bila penyakit 'malas' menerpa setiap kali tengok blog sendiri trus je nak tutup. Mungkin blog kita kureng menarik kot. Tapi takpe lah, asal boleh catat ngan letak gamba udah le. Janji, cik abang yg akan p merantau sedikit masa lagi dapat mengikuti aktiviti family dia dah kira ok la tuuu! hah! tu la yang nak citer kit kat sinih, almost half year, menunggu tuk berhijrah ke bumi Anbia tu, finally niat dia hampir tercapai. Macam2 dugaan datang melanda, pasport la, gamba visa la dgn visa nya skali ada problem, ehh.. memg banyak songel la, tapi, alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan tenang (layannnn jer!). Bila tarikh berangkatnya dah terlalu dekat rasa meremang lak bulu tengkok ni, bukannya ape cume takut 'kesunyian'. Tapi mengenangkan dah ramai para isteri yang 'senasib' denganku merasakannya, kita redha. i'll will be fine! kalau ada rezeki kita ngan anak2, insyallah, pd awal tahun depan kita akan menyusul suami tercinta disana. After this, sume kerja kena wat sorang2 ler huhuhu... yang tak best bila time ngeteh kat kedai mamak without him,
eemm... alahai, tak syok nyeeee... oh man... I can't believe it! Crying Into Tissue

Let's Go to the Zoo..

Rabu, 10 September 2008

.

,