Ahad, 27 Januari 2013

Kembali Beraksi

Salam semua

Kembali beraksi bukan kembali menyanyi ok
tp kembali menyahut seruan berniaga di tapak Malaysia Fest akan datang
ewahhhh.. cukup ngeri bunyinya
ini adalah antara xtvt paling meriah dari KRMJ
(Kelab Rakyat Malaysia Jubail)

2 tahun lepas pernah sertaainya bersama kawan2 sekompaun
agak mencabar walaupun penatnya toksah nak kata
2 minggu sebelum MF dh ready bergotong royong menyediakan juadah
masa tu jual kuih muih, air dan nasi campur
itupun huru hara, tp seronok sb ada geng kekdahnya

Kali ni hanya aku, dia dan anak2 sahaja
ohoooiiiiii... boleh tahan bergetar juga nafas ni
boleh ke aku buat?????

Insyallah... cayokkk2x!!
dan kali ni pulak difahamkan, bukan shj rakyat Malaysia di Jubail
je yg bakal datang, tp dari Dammam, Dhahran, Khobar, Ras Tanurah, Riyadh
dan juga org luar termasuk rakyat tempatan iaitu org Saudi serta 
org luar lain ada diajak sekali...... hamekkkk!!!!!!.. 
macam nak pitam kejap.. hohohoho...

Dan kali ni juga aku cuma berdaggang mee dan laksa shj.. fullstop!
antara mee2 yg akan didaggangkan kelak adalah
mee rebus Johor, mee bandung Muar, mee sizzling Johor style
2 laksa iaitu laksa Johor dan laksa nyonya
semuanya Johor2 belaka
sebab apa erkk??? sb aku Johorean
cuma geti masak cara org Johor aje la kot.. haha

ok.. itupun dgn izin Allah.. 50 percent dh siap
lagi 50 percent masih dlm pembikinan.. ewahhhh.. mcm gud je kan.. haha

Pada uolls yg baca blog ni.. jom la datang beramai2 bagi meriahkan suasana
ada lebih kurang 30booth akan beraksi
pelbagai juadah menanti uolls disana.. dimana??
di Sabic Beach Camp tmpt nya... pada 1 Feb 2013.. insyallah
Jom heboh sambil mkn2 dari pagi smpi petang!
lalalalalalalala..



Ahad, 13 Januari 2013

Cuti bersambung di Makkah & Madinah

Salam

Posting bersambung, cerita cuti sekolah x abis lg
nak update tiap2 hari mcm blogger tegar lain x mampu
sungguh malas sekali alahaiii..

Bismillahirahmanirahim
sejuk beku kaku dipagi hari masa menaip entry ni
8dgre in da morning.. 
now and forever bersalai kat tepi heater kekdahnya
inilah org M'sia.. xbiasa sejuk
kulit nipis ayu berseri memang x tahan sejuk la kan

Ok.. sambung balik!
Lepas 2 hari balik dr bercuti di Dubai, cik abg dgn 'slumber' pn berkata
jom kita ke Mekkah & Madinah
cuti pn banyak lg ni.. dan kali ni kita driving plak kesana
aku yg tengah mkn mee goreng mamak pagi tu terus je setuju tanpa ragu2
yelahhhh.. siapa la yg tanak ke tanah suci kan..

So, esoknya kami berenam beranak bertolak ke Mekkah 
dr rumah hari isnin jam 4.30ptg gitu
abg ckp nk drive slow and steady.. xmau tergopoh2 kejar waktu
dan alhamdullilah sampai tmpt miqat di Sail Al-Kabir selesai azan subuh esok harinya
jauh sungguh kan!.. 1300km you! klu naik belon pn 2jam gitu..

Selesai check-in hotel bagai, barulah kami memulakan umrah kami
Alhamdullilah.. org tak ramai lg, yg ada pn cuma org2 GCC
semua arab daa.. sb kuota umrah masih belum dibuka oleh kerajaan Saudi lg
memang seronok sngt masa ni.. 
dok lelama tepi kain Kaabah pn xpe.. takde org nak kuis ketepi.. huhu
Alhamdullilah.. semua rezeki dr Allah swt
bagi kami rakyat Malaysia yg menetap di Saudi Arabia ini

Hanya 2 malam kami di Mekkah dan selebih 2 malam lagi
kami nak spend di Madinah pula.. pepagi hari dh gerak dr Mekkah
sampai madinah tengahari..
Di Madinah lg kurang org berbanding Mekkah
Masjid Nabawi kosong.. cuma 2-3 baris saff shj yg ada..
sangat mendamaikan.. rasa mcm taknak balik
Alhamdullilah sekali lagi

selepas mengerjakan solat subuh di Masjid Quba pd hari jumaat
kami anak beranak pn bergerak balik ke Jubail
jika ke Madinah jgn lupa singgah masjid Quba ni
kerana masjid ini adalah masjid kesayangan Nabi Muhammad saw




me, hubby & Dania the anak sulung
di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah


Qaweem & Dania, usai solat isya' @Masjid Nabawi



Suasana yg lenggang dlm Masjid Nabawi



My lil boy, selepas tawaf umrah dlm Masjidil Haram @Makkah Al-Mukaramah


Jika diizinkan oleh Allah swt kami ingin kesana lagi dan lagi dan lagi..
Insyallah taala.. ameen!




Ahad, 6 Januari 2013

Ke Dubai lagi


Salam uols!

Alhamdllilah.. hujan rahmat dibumi Jubail harini
dan kali ni agak lebat disubuh hari
padang pasir sekangkang kera depan umah aku dh ditumbuhi rumput2 liar
sok lusa mulalah meka2 mengeluarkan bunga2 cinta yg kekuningan
cantik gak.. ni kira landscape semulajadi, takyah susah2 tanam rumput carpet.. ahaiiii


Toksah kerut dahi sangatlah.. bukan nak citer pasai rumput depan umah pon
ni kisah vacation aku ke Dubai, UAE masa cuti sekolah baru lepas ni
Xceli, ni lawatan 'sambil belajar' kedua kami ke Dubai selepas thn 2010 lalu
dan kali ni agak meriah sket sb adik aku n family dia ikut bercuti skali
maklumlah klu meka nak masuk Saudi ni susah sket, bervisa bagai
senang kata kita jumpa jumpi kt negara jiran jelah kan.. cop pasport.. jalannn!

Seminggu kami di Dubai... walllahhhhh..
memang x puas beb.. rasa sekejap sangat.. ikut hati... 
nak je abiskan cuti skolah 2minggu kt Dubai ni
hehehe.. meletopppp plak incik boss bila dia dengar nanti.. kehkehkeh

Plan asal nak tunggang kereta je kesana, last2 cuti incik boss di reject mentah2
atas alasan yg sngt kukuh.. xpe aku faham.. wlu dlm hati rasaaaa..
aduiiiiaiiiii.. mcm nk pitam wehh!!.. dari seminggu cutinya cuma tinggal 3 hari jek..
takleh jadik ni.. dh janji ngan adik pn satu hal.. tinggggg!! idea pn mari
isteri mithali ni pn kabo kt incik boss.. bhwa dia dan anak2 akan ikut plan asal..
dan incik boss dgn plan barunya.. 3 hari shj!! hahaha
bijak tak?? bijak tak?? ehhh.. dia setuju la plak.. ewahh.. ewahh.. ewahh

So, kami pn tukar plan asal dr tunggang kereta ke tunggang katebang..
dan kami menyewa kereta shj di Dubai..
kos belanjawan pn meningkat 50% kekdahnya.. huhuhu
nk wat cmner.. keadaan memaksa kan.. wlu dlm hati suka.. sb dpt jimat masa :P

ok lah.. toksah citer panjang, ayam itik bergolek dlm sinki
mintak ditenyeh rempah bagai
harini hari memanggang sedoniaaa.. 
lunch ayam golek hot & spicy arab style + fresh salad... abis citerr.. 
dn kalu ada xtra rajin i nk buat mushroom soup... senang kan!!

layan je lah gambar yg x seberapa ketoi kt bawah ni
utk memori i je.. plan nyer bila dh tetua besok bleh mengasah ingatan smula
itulah tujuan aku menulis blog ni sebenornya... 
insyallah



My lovely family.. di Desert safari.. selepas behempas pulas naik 4wheels
berhenti seketika utk snap snop picture kekdahnya.. bab yg paling seronok n mencabar
insyallah, klu ada kesempatan nk kesini lagi katanya.. :P


3 sepupuzz! melompat xhenggat. suka sangat leteww!!



Singgah naik ATV sebelom naik 4wheels td.. agak mahal jugak banding Saudi ni
takpe la, skali skala kan.. lenkali toksan naik lagi.. muahahaha



Show pn bermula bila malam menjelma.. tarian2 alu aluan dr mamat ni sblom belly dance
tp tak diupload disini atas ciri2 keselamatan.. ekekekeke



anak aku ckp unta kt sini x sebusuk unta kt Jabal Rahmah, Makkah tu
mungkin unta ni mandi tiap2 hari kot.. 



Depan pintu masuk Ferrari World Abu Dhabi, UAE



My lil boy yg excited drive formula 1 yg xbrapa laju ni.. hehehe



antara Ferrari2 yg ada dlm show room.. aku suka kaler dia je.. keta dia x minat la wehh!



Depan pintu masuk Global Village, Dubai.. mcm2 adoo kek dlm tuh..
yg ni bukak smpi bulan March aje.. musim panas tutup okeh!



Mercu tanda Dubai, Burj Khalifa yg sngt tinggi dn kurus
masa ni nak tengok air pancut berirama je depan Dubai Mall selain cuci mata
melawat gerai mokcik Gucci Prada Hermes Burberry biri2 bagai.. kwang3x!!



Ni apartment yg kami sewa.. di area BurDubai.. 3 bedrooms apartment
sangat selesa selain semua kelengkapan ada termasuk piuk belanga



Last skali.. view dr Madinat Souk, Jumeirah
berlatarbelakangkan Burj Al-Arab.. wahhhh!! klu lah dpt menginap kt situ
tapi kan mcm membazir la plak.. rege single room dia pn bleh buat beli LV sebutik :p

Insyallah, jika diizinkan olenya.. ingin nak kesana lg..
banyak lg tmpt yg belom kami terjah sebenarnya
tambahan plak 'dirham' pn xabis guna lagi nih.. x gitu incik boss?? hehehe